Daarchlea dah lama wujud sebagai
sebuah band. Kalau tak silap zaman saya masih lagi bermain Myspace dan kucing
saya, papa masih lagi di peringkat remaja (sekarang dah tua Bangka). Namun kini
mereka akhirnya tampil dengan sebuah rilisan sulung yang rasmi debut pertama
kalinya dikeluarkan untuk santapan korang. Dulu mereka pernahlah juga rilis Ep
tapi takde dalam simpanan aku. Dalam menentukan elemen yang cuba diketengahkan
oleh Daarchlea di dalam album sulung mereka, terdapat beberapa aspek yang cukup
mengangkat album ini sebagai salah satu album metal tempatan terbaik buat tahun
2014. Setidak tidaknya untuk genre new-metal garapan tempatan. Ini belum rasmi
lagi sebab album SOG,Tres Empres dan ramai lagi band belum lagi rilis dan saya
belum dengar lagi. Ini adalah beberapa komen untuk lagu lagu dalam album ini.
Daarchlea-Suns
Genre:Black/Metal/Melodic/Folk
Malay
1:Birth,The Beginning
Intro sahaja,takde komen lebih
lebih
2-The Book of heresy
Ketukan drum yang padu yang
disambut dengan paduan suara serak mendalam (growl) yang begitu kejam. Memang
sebuah track pembukaan yang jitu. Keyboard memberi sedikit perisa pada lagu
ini. Cuma pendek sangat lagu ni.
3-Qhilav
Lagu ini adalah sambungan dari
lagu the book of heresy. Lagu lama Daarchlea Cuma diberi nafas baru. Seperti
lagu yang sebelumnya padu Cuma mereka pandai mencreate elemen metal di dalam
lagu ini agak tampal lebih berbagai. Terdapat vocal clear pada part part
tertentu. Kalau dengar betul betul ada lengok lengok muzik classical Cuma saya
lupa plak apa namanya. Tapi tetap menarik
4-Phase 1-Tree
Elemen Keyboard yang terselit
dalam part permulaan sangat cantik sekali. Elemen melodic yang menjeratkan
batinku. Lirik lagu ini juga agak mendalam dan tak sangka ada juga band
Malaysia yang boleh buat lirik sebegini
5-Phase 2-Human
Ada elemen Death Metal sedikit dalam
lagu ini. Dan sekali lagi Daarchlea tidak mengecewakan dengan lagu ini.
6-Odyssey : Towards The Suns
Wah big suprises,tiada growl atau
suara tempikan Black Metal dalam lagu ini. Hanya ada suara clear sahaja. Lagunya
juga bukan jenis Black Metal Cuma mellow sedikit. Tapi memang best lagunya.
Lagu ini disambung pula dengan lagu Paradoctrine.
7- Paradoctrine
Antara banyak banyak lagu dalam
album ini,inilah lagu fevered saya. Cuba dengarkan sendiri nanti.
8-Messiah
Terdapat unsur unsur Daarchlea
lama dalam lagu ini. Memang mereka bersungguh sungguh menghasilkan lagu lagu
yang cukup berkualiti dalam album ini syabas.
9-Ascend To Arasy
Elemen Melayu yang begitu asyik ada dalam lagu ini. Nice track
10-The Great Extinction
Single pertama dari album ini. Jelas disini bahawa Daarclea sudah semakin matang dan tahu bagaimanakah sesebuah lagu Metal yang dianggap sebagai lagu yang baik. Inilah lagu yang terbaik.
Kesimpulannya album yang dinanti
nantikan oleh peminat Daarchlea ini memang tidak mengecewakan. Memang tak
sia-sia persiapan mereka untuk menghasilkan sebuah album yang bergitu sekali.
Semoga mereka menjadi pelapisan Metal yang bagus serta terus menghasilkan lagu
yang berkualiti.
tunggu aku sambar satu
ReplyDeletePost a Comment