Estrella adalah satu band Indie yang aku minat masa sekolah dulu dulu. walaupun ini sajalah material yang sempat mereka riliskan tapi sekurang kurangnya dapatlah mengubat rindu di hati ini. band yang dianggotai oleh liyana Fizi (vocalis/cantik),Yob (gitar),Jeff (Drums), Ariff (bass) , Wan (perkusi). Apa yang kita tahu Liyana kini lebih ke arah indie/jazz dan sedikit sentuhan pop. lagu lagu Estrell mempunyai nilai komersial ya ng tersendiri dan tidak susah untuk menerima lagu lagu bawaan mereka. Bagaimanapun hayat band ni tak lama kerana masing masing membawa haluan. Apapun saya suka Liyana Fizi.
Ulasan lagu lagu dalam album ini:
1)Stay: Tak silap ini adalah single kedua mereka. Sebuah
trak yang agak kuat dalam rilisan. Mood Liyana dalam lagu ini agak laju (apa
yang aku cakap tidak bukan berkaitan pada style nyanyian cuma lenggok lagu yang
sedikit upbeat) dan Segalanya ok!
2)Some Space : Nice arrangement song. Saya enjoy dari mula
sampai habis.
3)Ternyata : Lagu pengenalan saya terhadap Estrella. Memang
tepat jika memilih lagu ini sebagai single pertama walaupun lagu stay lagu kuat
hooknya. Anyway inilah lagu yang membawa Liyana Fizi masuk ke dalam hati saya J
4)My Morning: Suara Liyana macam tenggelam dengan sound
gitar. What?
5)Foolish senses: Mari kita berdansa! Lagu ini pula ade
unsur unsur salsa ditambahan dengan campuran English dan juga bahasa melayu.
Sebuah lagu yang berbuatkan saya happy. I love u, Liyana.
6)Keepsake : Guitar work yang begitu menyakinkan. Walaupun lagu ini agak mendatar tapi tiada
masalah untuk terus melayan. Kekuatan lagu ini sekali lagi ialah … Liyana
Fizi!!
7)Take It Slow: Lagu ini juga cukup kuat radio kawannya dan
memang takde masalah kalau nak siarkan di radio. Best
8)Heaven:Saya tak sangka pula Liyana mampu menyanyi lagu ini
dengan baik. Tonasi yang berbeza dari Liyana Fizi memang begitu asyik sekali.
Lagu kegemaran saya dalam album ini. Santai dan relax!
9)Masih:Vokal Liyana agak terlampau terkawal namun masih
lagi boleh layan. Dan seperti saya katakana tadi,ada beberapa part lontaran
Liyana agak sedikit mengganggu. Hope Liyana tak ambil hati J
10)it’s You: Best
Secara keseluruhan album ini memang patut dimiliki. carilah sampai dapat,memang susah nak cari!
cun gak ni kalau dapat.....
ردحذفcuba dekat dekat dengan Liyana Fizi,mana tau dia ada lagi
ردحذفإرسال تعليق