hello semua , barang siapa yang berminat Bengkel Penulisan Akrab 2.0 bersama Faisal Tehrani & Zul Fikri Zamir boleh join tapi ada syaratnya iaitu belum mempunyai karya yang pernah tersiar/diterbitkan.
Tempoh masa?
Tiada tempoh masa. Yang berjaya akan dilatih secara rapat dan akrab sehingga mahir menulis fiksyen & non-fiksyen atau sehingga karya diterbitkan oleh FT & ZFZ.
Bagaimana memohon?
Hantar contoh tulisan fiksyen/non-fiksyen ke penulisanakrab@gmail.com.
Sertakan maklumat peribadi seperti i) Nama, ii) No kad pengenalan, iii) No telefon dan iv) Esei pendek - nyatakan mengapa berminat untuk menjadi antara 5 orang protege penulisan FT & ZFZ
*Hanya lima calon terbaik sahaja akan dipilih. Yang berjaya akan dihubungi melalui emel pada 20 September 2014
** Kelas akan diadakan di UYA!, Bangi bermula Oktober 2014.
إرسال تعليق