Komplot adalah band yang agak menyerlah ketika era gelombang
indie tengah hit dulu dulu. Seiring dengan hujan,Meet uncle Hussein,bitter
Sweet dan lain. Komplot menjanji satu kelainan ketika itu kerana mereka membawa
etika disco yang dicampurkan dengan rock,indie dan punk dan menjadikan satu
entity muzik yang kita kenali sebagai muzik Komplot. Bahkan dari segi attidute
mereka terutamanya Arwah Zac yang begitu kental dengan persona penghibur sering
menjadi ikutan para Komplotan. Jom baca ulasan single ini.
Track 1-Konflik Metropolis: Bila saya mendegar lagu ini
circa 2007, terus melekat dalam minda dan ketika itu jugalah saya meminati band
ini.Sebuah lagu yang akan dikenang sampai bila bila. Cukup rencah sebuah lagu
yang berkualiti.
Track 2- Konflik Metropolis(versi demam): say teringat lagu
ni ketika mendengar melalui website AMP channel v (RIP). Sbuah track yang telah
didown tempohnya dengan vocal arwah Zac yang agak mendayu dayu. Unik dan
menghiburkan.
Track 3) Konflik Metropolis(versi live):Begitu havoc sekali
suasana dalam track ini dank orang boleh search dekat youtube untuk versi ini.
Salah satu video youtube yang selalu saya tonton circa 2007 dulu dulu. Mereka
sudah menunjukkan taring pada persembahan ini dan sememangnya penonton begitu
teruja malahan siap sing a long sekali. Versi live ini memang mantap
Hidden track: Konflik Metropolis (tapi takde vocal)
Post a Comment