Kugiran Malaya adalah sebuah band yang muncul ditengah
tengah kehangatan gelombang indie circa 2007-2009. Saya tak tahu kenapa era itu
sekejap sahaja. Berbalik kepada Kugiran Malaya, dianggotai oleh Shazmly
(vocal,gitar), DJ Nast-T (turntable) dan Sheamiz (bass/vocal). Hanya mereka
bertiga sahaja dan yang sekarang saya nampak kelibat DJ Nas-T. Adakah ketika ini beliau sudah
tidak bersama dengan Dragon Red? Ini semua kisah lama,kalau nak gali semua pun
mungkin next times dalam ruangan Flashback band.
Track 1) intro- sekadar intro. Memberi klue apakah jenis
muzik bawaan mereka
Track 2) Kisah Kita: Tipikal malay rock song. Dari segi
susunan muzik masih kira ok Cuma dari segi bawaan vocalnya yang agak sedikit
bermsalah pada satu satu part. Jelas perlu sedikit penghayatan pasda masa akan
datang.
Track 3) Epilog cinta- Salah satu lagu kegemaran saya
memandangkan ini adalah soundtrack bagi drama kegemaran saya iaitu Blogger Boy.
Kali ini vocalnya dah terkawal sedikit dan segalanya terbaik. Next songs.
Track 4) Aku berani: Kali ni rock sedikit ya. Lirik yang
agak tipikal tapi komposisi muziknya agak bagus terutamanya pada bahagian
korus. Juga menjadi lagu kegemaran saya dalam ep ini. Cukup kuat hooknya.
Track 5) setia- Dalam lagu ini, peranan Nas-T agak menyerlah
sama macam track 3. Segalanya masih sedap didengar.
Kugiran Malay mempunyai pakej yang bagus untuk terus
melangkah jauh cukup sayangnya ini sahajalah bukti kewujudan mereka bersama
beberapa buah band indie yang lain. Mana mereka semua pergi? Apapun Ep ini agak
simple,tiada lirik disertakan ketika saya membeli dulu. Jadi info infonya agak
limited jugalah.
Lagu-Lagu dalam Ep ini
Music distributor:Cili records
Post a Comment