Mengejutkan! Hairul Azreen Umum Berhenti Berlakon?


Hairul Azreen dalam filem Malbatt

Tak sangka! Pelakon aksi, Hairul Azreen telah mengumumkan sesuatu yang mengejutkan ketika menjadi tetamu Era FM.



Seperti dalam video yang diupload oleh Era FM, beliau telah menyatakan bahawa filem Malbatt: Misi Bakara adalah filem terakhirnya sebelum bersara.

Saya ingin mengumumkan...saya berhenti berlakon....sebab saya dah buat semua benda dah," umum Hairul Azreen yang membuatkan dj era seperti Linda Onn, Radin, Halim Othman dan Azad Jasmin terkejut.


Hairul Azreen menyatakan syukur kepada tuhan kerana memberikan peluang untuk berjaya dalam bidang lakonan.


Selain sudah berjaya berlakon dalam filem, kerisauan beliau berjauhan dengan keluarga membuat ia mengambil keputusan berundur dari dunia lakonan. Dengan nada sebak, beliau cukup risau apabila berbulan-bulan keluar berlakon namun tidak sempat untuk melihat anak membesar.


Apapun selamat berjaya buat Hairul Azreen. Selain Malbatt, satu projek filem beliau bersama Syamsul Yusof juga adalah projek terakhir.



Post a Comment

Previous Post Next Post