Sebelum aku upload ulasan Bahtera daripada SOG, sini aku sertakan Interview lama SOG untuk zine aku dulu. Bacalah woi
1)Apa maksud lagu 1
melayu?Aku konfius
Lagu ini adalah rayuan dan nasihat kepada
rakyat kita sendiri untuk bangkit dan saling mengingati bahawa bersatu kita
teguh, bercerai kita roboh. Untuk kaum dan etnik lain, mereka boleh mengambil
ini lagu sebagai satu pengajaran dan peringatan untuk sentiasa maju ke hadapan.
Apa citer SOG sekarang ni?
Kami sekarang dalam proses meyiapkan EP sulung
kami yang berjudul "weareSOG" yang akan kami rilis tak lama lagi
InsyaAllah. Selain itu kami baru sahaja mengeluarkan single pertama kami di
bawah naungan Universal Music Malaysia yang berjudul "Sumpah
Pendekar". Lagu ini diterbit oleh Tam Spider dan lirik ditulis oleh
M.Nasir.
sudah rilis apa apa material or MV?cer citer
sesikit
Belum release apa-apa lagi. (sekarang dah ada album Bahtera-ed)
line up plak?
Acap : Frontman,Vox
Nazrin : Guitar,Cello,Flute,Vox
Adek : Guitar,Backup Vox
Mel : Bass
Naz : Keys,Synthesizer
Lee : Drum
cer citer sesikit penubuhan SOG
Sekumpulan Orang Gila (SOG) adalah sebuah band
Post-Hardcore/Metalcore dari Batu Caves, Malaysia. Bermula sejak kami tingkatan
4 di SMK Taman Selayang, band ini ditubuhkan semata-mata untuk membuat
persembahan hari guru pada masa itu (2005). Terdiri daripada enam orang biasa:
ACAP (scream vocal), Adek (guitar / clean vocal), Nazrin (guitar / clean vocal/
bamboo flute / cello), Lee (drum), Mel (bass) dan Naz (keys / synth). Kami
memulakan perjalanan mereka yang serius pada pertengahan 2009. Sekarang SOG
adalah lebih baik daripada sebelumnya selepas Nazhar menggantikan Sam pada
pertengahan-2010.
macam mana plak
dengan penglibatan salah sorang lineup korang dalam program realiti Tv?
Ia bagaikan rezeki bagi kami apabila Nazrin
telah memenangi tempat ke-2 dalam "Keynote 2010" satu rancangan
realiti baru ASTRO yang mencari komposer dan producer muda dan berbakat di
seluruh Malaysia. Karya-karya beliau mendapat perhatian penggiat seni tanah air
seterusnya SOG mendapat tempias dari itu.
Macam mana plak
pelibatan M.nasir dalam penghasilan lagu korang(sumpah pendekar)?
Ia bermula apabila kami sedang membuat rakaman
single pertama kami di bawah naungan Universal Music. Pada masa itu kami sedang
buat rakaman lagu Satu Melayu di bawah pantauan Tam Spider. Selepas meneliti
lirik, Tam Spider membuat keputusan untuk meminta M.Nasir untuk meneliti lirik
pula. Dari situ kami semua bersetuju untuk menggunakan khidmat M.Nasir yang
dengan hati terbukanya hendak menolong kami memperkemaskan penulisan lirik lagu
itu. Dari Satu Melayu berubah menjadi 'Sumpah Pendekar'.
penting ke gimik bagi
sesebuah persembahan?
Itu depends pada perspektif setiap band. Bagi
band macam kami, gimik itu sangat penting bagi memperkenalkan band kepada
masyarakat dan pendengar.
pengaruh muzik
kalian?
Kami
mempunyai pengaruh muzik besar ke arah band seperti The Devil Wears Prada,
UnderOath dan We Came As Romans. Selain itu, kami juga menambah beberapa elemen
world music seperti bunyian Afrika, India dan Arab, ditambah dengan lagu-lagu
tradisional Melayu dan beberapa elemen Classical Music seperti muzik zaman Baroque
dan Romantic.
bagaimana dengan
gig gig terbaru?ada perancangan untuk tour di luar negara?
Alhamdulillah, semakin lama muzik kami semakin
diterima ramai setiap kali kami membuat persembahan di mana-mana. InsyaAllah
lepas raya kami akan membuat tour di beberapa buah negara di sekitar Asia
Tenggara untuk tujuan promosi EP terbaru kami.
Macam mana nak
hubungi korang?
Contact je la kat Facebook/Twitter. :D
macam mana plak
dengan t-shirt ?
Buat masa ini kami ada jual T-Shirt kami yang
direka oleh Craznockz Clothing (Indonesia). Sambutannya sangat menggalakkan.
Selain itu kami juga mempunyai 'Tank Top' yang direka oleh Irman Bahrudden
(Malaysia). Kedua-duanya berharga RM40
Kata kata terakhir?
Tahun 2012 adalah tahun kami untuk menyinar.
So, stay tune for more from us. We won't let you guys down! This is our
promise.
harapan korang?
Kami berharap agar semua yang sokong kami
teruskan menyokong kami dan muzik tanah air kita dan kami sangat berharap untuk
kalian beritahu pada rakan taulan tentang kewujudan kami.
Ce citer sesikit pasal
t-shirt band korang sendiri
T-Shirt SOG yang direka oleh Craznockz ni
berunsurkan Alien yang comel dan sedikit elemen 'gore'. Selain itu warnanya
agak colourful dan high-contrast.
Jelajah terakhir Bahtera, jom beramai ramai
Post a Comment